Proses Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi Membina Rumah Atas Tanah Sendiri

Harga rumah ketika ini adalah sangat mahal? Pemaju perumahan terus menerus membina rumah dan meletak harga diluar kemampuan pengguna.

Oleh kerana hharga rumah yang tinggi, pengguna melalui masalah untuk memperoleh pinjaman perumahan kerana diluar kemampuan mereka.

Manakala bagi mereka yang berjaya memperleh pinjaman, ia terus membebankan kerana pembayanran ansuran yang bakal membebankan


Apapun, disini kami ingin kongsikan maklumat bagi mereka menggunakan pinjaman perumahan yang disediakan untuk kakitangan kerajaan bagi memiliki bina rumah diatas tanah sendiri (pinjaman LPPSA).

Geran Tanah Sendiri


Membina rumah perlu diatas tanah nama pemohon atau bersama pasangan sahaja. Selain daripada itu, ia tidak dibenarkan.

Jenis Pinjaman


Pinjaman Jenis ke-2: Membeli rumah diatas tanah sendiri.
Pinjaman Jenis ke-6: Membina rumah diatas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan.

Jika belum mempunyai tanah, anda boleh membuat pinjaman untuk membeli tanah dan kemudian baru bina rumah sendiri.

Melantik Peguam & Kontraktor


1. Melantik peguam yang berpengalaman atau pun sudah biasa berurusan dengan LPPSA;
  • Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
  • Membuat "Land Search" di pejabat tanah.
  • Membantu membuat permohonan secara online.
  • Memberi cadangan kontraktor & arkitek yang pengalaman.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

2. Melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB, berpengalaman berurusan dengan LPPSA;
  • Supaya pinjaman perumahan tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
  • Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
  • Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada LPPSA.
  • Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
  • Mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

3. Melantik arkitek sambilan tetapi apa pun perlu berhati-hati

Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu mendapatkan pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.

4. Pinjaman diluluskan LPPSA barulah boleh bermula membina rumah.

Jadual Bayaran Berperingkat (JADUAL G)


Bayaran Kemajuan (Progress Payment) perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian untuk pinjaman jenis 2 dan jenis 6.

Aliran Jadual Binaan


#1:


 Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak LPPSA.

Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.

Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan.

Berdasarkan pengalaman, kebanyakan masalah timbul akibat tersalah memilih peguam dan kontraktor yang tidak pernah berurusan dengan LPPSA.

#2:


Arkitek akan membuat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor.

Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan (kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan LPPSA melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina).

#3:


Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk, pemohon @ peguam @ kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian.

Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online.

Borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan kepada saya untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke LPPSA.

Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.

#4:


Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari LPPSA, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

Panduan untuk ubah suai rumah (Renovation)

Jika anda ingin mengubahsuai rumah anda, terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan.

Pelan mestilah mendapat kelulusan daripada arkitek dan sah digunakan dalam tempoh 12 bulan.
Salinan lesen kontraktor dan CIDB/SSM yang disahkan dan belum tamat tempoh.

Dahulu dikenali sebagai BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan), sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.

Dahulu dikenali sebagai Lampiran E, tetapi sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.

Kesimpulan


Membina rumah di atas tanah sendiri bermaksud anda bebas untuk mereka bentuk rumah mengikut citarasa & kepuasan.

Malah pemilik rumah boleh menjimatkan kos yang diperuntukan untuk membina rumah. Tetapi awas, jika tidak diuruskan dengan betul, ia bakal meningkatkan kos.

Jika tanah dibeli 2 lot, 1 atas nama isteri dan 1 lagi atas nama suami dan rumah akan dibuat atas kedua-dua lot, hanya 1 lot harta dibenarkan untuk membuat pinjaman.

Sebaiknya, satukan lot berkenaan, jika tidak anda perlu masuk ke dalam kes rayuan.

Anda juga boleh menggunakan kontraktor dari kalangan ahli keluarga, tetapi pastikan kontraktor tersebut mempunyai lesen daripada khidmat kontraktor CIDB atau ROC yang masih belum tamat tempoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Konten Terkait